Wednesday, May 19, 2010

Kepada adik2 ku yang ku sayangi!!


Salam Sejahtera ke atas kamu, semoga sentiasa dalam limpahan rahmat dan barakah nya...Salam satu Malaysia.. post ini ditujukan kepada semua adik2 ku yang telah tamat pengajian di Matrikulasi di Seluruh Malaysia terutamanya di KMNS.. Semoga sedikit sebanyk dapat membantu adik2 dalm perjuangan dan tidak rasa kecewa dengan apa yang adik2 dapat..



petikan dari I luv islam (Kegagalan Mengajar Erti Kehidupan- http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2541)

Dugaan Kegagalan Setelah Berusaha
Di dalam menjalani liku-liku kehidupan, kita tidak akan dapat lari daripada diuji dengan pelbagai dugaan dan rintangan daripada Allah Taala. Ujian yang datang tidak kira masa dan siapa sudah tentulah tersembunyi segala hikmah dan akan menjadikan diri kita lebih kuat.

Firman Allah Taala bermaksud:
"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."
(Surah al-Anbiya: Ayat 35).

Setelah kita penat berusaha bersungguh-sungguh untuk memilih kebaikkan dan kejayaan, sebagai umat Islam yang menyakini kekuasaanNya, kita disarankan untuk berdoa memohon diperkenan daripadaNya. Ini kerana Allah Taala sentiasa mendengar segala permohonan dan rintihan hamba-hambaNya.

Firman Allah Taala bermaksud:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
(Surah al-Baqarah: Ayat 186).

Walaubagaimanapun, kadang-kala apa yang kita doa dan pohon tidak semestinya diperolehi dan dimakbulkan pada ketika itu. Jika berlaku perkara ini, kita perlulah berbaik kepada konsep mengimani Qadha dan Qadar iaitu:

- Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini samada ia sesuatu kebaikkan ataupun keburukkan.

- Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini walaupun kita diberikan pilihan untuk berusaha bersungguh-sungguh.

- Menyedarkan bahawa hakikat manusia itu lemah dan perlu kepada Allah Taala.

- Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.

Selain itu, dugaan juga datang bersama tujuan dan hikmah yang tersembunyi. Ia memerlukan masa untuk manusia memperhalusi sebab dan punca sesuatu perkara itu berlaku. Hikmah itu pula kadang-kala kita sedari setelah sesuatu ujian yang menimpa kita itu berlalu atau juga langsung tidak kita ketahui sehingga akhir hayat kita.

Firman Allah Taala bermaksud:
"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
(Surah al-Mulk: Ayat 2).

lagi satu :
Redha Dengan Segala Ketentuan-Nya

Dengan kegagalan jugalah akan mengajar kita erti keredhaan. Syeikh Sayyid al-Jurjani di dalam kitabnya Tarifat telah mentakrifkan redha ialah perasaan senang hati dengan kepahitan qadha atau takdir. Manakala di dalam kitab ar-Risalah al-Qusyairiyyah menukilkan kata-kata Imam al-Muhasabi dengan mentakrifkan redha ialah hati tenang di bawah ketentuan hukum.

Rasulullah S.A.W. telah menerangkan bahawa orang yang redha dengan ketentuan Allah Taala merupakan manusia yang paling kaya kerana dia adalah orang yang paling gembira dan tenang, paling jauh daripada dukacita, sedih, marah serta kesempitan jiwa. Kaya bukanlah dengan banyaknya harta benda dan wang ringgit, tetapi kaya itu adalah kayanya hati dengan iman dan redha.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Bertakwalah kamu terhadap perkara-perkara haram nescaya kamu menjadi manusia paling beribadah. Redhalah dengan apa yang ditentukan Allah kepadamu nescaya kamu menjadi manusia paling kaya."
(Riwayat Tarmizi).

Redha juga merupakan sebab yang kuat untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Manakala kemurkaan pula merupakan sebab kesengsaraan di dunia dan akhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Di antara kebahagiaan anak Adam ialah dia redha dengan takdir Allah kepadanya dan di antara kesengsaraan anak Adam ialah dia meninggalkan pilihan Allah Taala dan di antara kesengsaraan anak Adam juga ialah kemarahannya terhadap apa yang ditentukan Allah Taala kepadanya."
(Riwayat Tarmizi).

Yakinlah bahawa Allah Taala tidak redha kepada hambaNya kecuali setelah hamba itu redha kepadaNya di dalam semua hukum dan perbuatanNya. Di sebabkan itulah kita perlu redha di atas dugaan kegagalan yang menimpa diri kita ini.

Firman Allah Taala bermaksud:
"Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah."
(Surah al-Bayyinah: Ayat 8).


Kesimpulannya.. Segala yang diberi tidak semestinya baik untuk kita.. jika kita berfikir kita adalah orang yang paling malang maka kita nie sbnr nya tidak bersyukur ngan pemberian nya.. kita kene paham ada yang lebih atau kurang bernasib baik akan keputusan peperiksaan.. tidak kira laa kita dapat 4.00 PNG atau 2.00 PNG itu adalah usaha kita.. 

sebagai contoh jika kita dapat 4.00 pNG kita mungkin riak dan takbur.. dan mungkin selepas ini kita akan kurang berusaha untuk menjadi lebih baik.. atau kita mungkin bangga dengan diri.. begitu juga jika kita dapat 2.00 PNG.. kita merasa rndah diri dan kurang bermaya untuk meneruskan kehidupan... Sebalik nya kita kene berfikiran matang dan lebih berpandanagn jauh.. jdaikan sebagai satu titik tolak untuk menjadi lebih baik.. rezeki itu dibahagikan sama rata... ALLAH itu maha adil.. percayakan qada' da qadar.. 

oleh itu adik2 percaya itu sebahagian dari iman kita.. yakin itu adalah yang tebaik.. abg da lalu pelbagi onak dan duri.. pernah jatuh dan bangkit dari kegagalan.. jgn biarkan ISLAM DAN MELAYU mundur dimata org lain.. INGATLAH TANAH AIR INI ADALAH MILIK KITA!!

salam ukuwah dari abg =)

2 comments: