Tuesday, May 5, 2015

5 Rahsia menjimatkan penggunaan petrol pada kenderaan

Vrrom vroom!!
Mesti ramai serabut dengan GST sekarangkan?,
Minyak pun mahal, haih, dah acano kita Bayor je laaa kan?
Ni nak bagi tips skit RAHSIA jimatkan petrol... Awok Awok semua nak tahu?
Antara 5 RAHSIA menjimatkan penggunaan petrol kenderaan adalah:-
1. Memandu dengan berhemah 
Memandu dalam keadaan laju dapat membazirkan penggunaan petrol, ini keran pembakaran yang tinggi dalam injin, selain itu, menutup atau membuka tingkat secara penuh dapat membantu dalam mengurangkan penggunaan petrol.
2. Menggunaka kereta yang "Low Fuel consumption"
Membeli atau menggunakan kereta yang kurang menggunakan pembakaran bahan api dapat menjimatkan penggunaan petrol terutamanya didalam bandar. Ini kerana, menjadi kebiasaan terdapat kesesakan lalulintas ketika berada di dalam bandar. Jadi, jika kita mempunyai pilihan kenderaan, lebih baik menggunakan kereta yang lebih kecil selain mudah parking dan menyelit ditengah bandar.
3. "Maintenance" yang tepat pada masa 
Penyelenggaraan yang betul dapat menjimatkan penggunaan bahan api. Dengan itu kita perlu pastikan tayar kenderaan berada dalam kapisiti udara yang elok dan penapis udara yang bersih secara langsung membantu penjimatan.
4. Meninggalkan enjin berjalan terlalu lama tanpa bergerak
Jika anda membiarkan enjin anda berjalan ( tanpa benar-benar bergerak) selama satu minit , ini membazirkan gas lebih daripada memulakan semula enjin.
5. Terlebih muatan
Jika muatan dalam kenderaan banyak ini dapat membebankan kenderaan dan menyebabkan pembakaran yang lebih banyak kepada petrol. Oleh itu, untuk mengurangkan penggunaan petrol perlulah memastikan beban yang dibawa tidak terlalu banyak.
Terima Kasih sebab baca artikel saya!! 
*Wink Wink*
Moga semoga bermanfaat dan dapat pertolongan dari tips!!

No comments:

Post a Comment