Friday, February 6, 2015

Contoh Surat Perletakan Jawatan / Surat Berhenti Kerja (English & Bahasa Malaysia)


Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang sample surat perletakan jawatan, ye lah, kalau nak cari kerja lain mesti berhenti dahulu kan?, biasanya surat perletakan jawatan dihantar bersama notis berhenti kerja,

Di bawah ni saya sertakan sample surat perletakan jawatan yang sopan lagi santun, supaya kita mula kerja baik dan akhirnya baik. Manalah tahu, kemudian hari kita bekerja dengan orang yang sama, so no HARD feeling lepas ni, sample resignation letter in english adalah seperti berikut:

Nazzrin Zainal
No 1 Jalan Angsana 4/2,
123456 Shah Alam,
Malaysia
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mr Mazlan, 
Manager,
PK Advertisng, 
123 Jalan Bunga Mawar,
Wisma APS
40000 Shah Alam,
Malaysia                                                                                                                       31 January 2015

Dear Mr Mazlan, 

RESIGNATION FROM THE POSITION OF MARKETING MANAGER

I am writing to inform you that I am resigning from my position as Marketing Manager. I will be serving my one month notice and my last day of work will be on 28 February 2015.

2. I would like to thank you for letting me be part of PK Advertising. I have learned a lot from the company and I appreciate the time and patience in training me. The experience working with PK Advertising is something that I will always treasure. 

3. Please be assured that I will complete all my projects and ensure a smooth hand over. I am available to provide any assistance required during this period of transition. Thank you for the opportunity given throughout my employment and I wish PK Advertising every success in the future. 

Sincerely,
…………………………
Nazzrin Zainal

OK! Sekarang Bahasa Malaysia Pulak, 
Tak susah pun, copy paste je

Nazzrin Zainal
No 1 Jalan Angsana 4/2,
123456 Shah Alam,
Malaysia
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
En Mazlan, 
Manager,
PK Advertisng, 
123 Jalan Bunga Mawar,
Wisma APS
40000 Shah Alam,
Malaysia                                                                                                                           31 Januari 2015

En. Mazlan, 

PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI PENGURUS PEMASARAN

Saya menulis untuk memberi notis satu bulan perletakan jawatan saya sebagai Pengurus Pemasaran di PK Advertising. Hari terakhir bertugas saya adalah pada 28 Februari 2015.

2. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas peluang bekerja dengan keluarga PK Advertising. Banyak pengalaman yang telah saya timba selama perkhidmatan saya dengan PK Advertising. Terima Kasih atas masa yang dilaburkan dalam melatih saya. Pengalaman berkerja dengan PK Advertising amat saya hargai.

3. Saya akan pastikan setiap projek saya akan siap dan sedia membantu supaya proses peralihan berlaku dengan lancar. Terima Kasih atas peluang yang diberikan sepanjang perkhidmatan saya dan saya doakan kejayaan berterusan bagi PK Advertising.

Yang Ikhlas,
……………………

Nazzrin Zainal


Selamat mencuba!,
Harap dapat membantu semua =)

No comments:

Post a Comment