Salam kepada pembaca blogku, saja nak share ngan korang semua.. walaupun nampak remeh tp sebenarnya banyak fadilat.. Selamat beramal.. =)
SOLAT SUNAT RAWATIB
Solat Sunat Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas. Tujuannya ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu.
FARDHU | SEBELUM | HUKUM | SELEPAS | HUKUM |
Subuh | 2 rakaat | Muakkat | Tiada | Tiada |
Zohor @ Jumaat | 4 rakaat 2 rakaat | Muakkat - 2 rakaat | 4 rakaat 2 rakaat | Muakkat - 2 rakaat |
Asar | 4 rakaat | Tidak Muakkat | Tiada | sembahyang sunat diharamkan selepas fardu Asar hingga terbenam matahari) |
Maghrib | 2 rakaat | Tidak Muakkat | 2 rakaat | Muakkat |
Isyak | 2 rakaat | tidak Muakkat | 2 rakaat | Muakkat |
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai kelebihan Sunat Rawatib.Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang sembahyang sebelum Fajar dua rakaat, dan sebelum Zohor empat rakaat dan selepasnya empat rakaat pula, serta rakaat sebelum Asar, masuklah dia ke dalam syurga.” (Muttafaq ‘alaih)
No comments:
Post a Comment