Wednesday, December 8, 2010

Hijrah Satu Pengorbanan: Salam Maal Hijrah 1432

Salam Maal Hijrah Semua!!.
Perjalanan yang jauh dan sukar untuk ditempuhi.
Hijrah membawa 1001 pengertian dalam dunia islam,
penghijrahan Nabi Muhammad SAW,
dari kota Mekah ke kota Madinah,
Ramai yang kita tidak menghayati perjuangan dan pengertiannya.

Bagi ku Hijrah tahun ini,
Banyak perubahan yang ingin aku lakukan,
Cita-cita dan impian yang masih belum tercapai,
Perjuangan bersama sahabat-sahabat belum selesai,
Destini baru sahaja lahir ke dunia,

Rakan-rakan,
Azam baru dan keteguhan iman diperbaharui dan ditambah,
Adalah azam yang perlu ada dalam setiap umat islam,
Bukan meminta untuk menjadi yang terbaik,
Tetapi menjadi yang Terhebat,
Ku tahu tidak semua org mampu melakukannya,
Tapi kalau tidak mencuba bila lagi?,

Rakan-rakan,
Islam itu indah,
Hijrah itu indah,
Apa gunanya jika tidak menghayati erti perjuangan itu,
adakah perjuangan itu pengorbanan? atau Pengorbanan itu satu perjuangan,
Adakah menuju ke medan perang tanpa ilmu itu shahid?
atau bersyahid dengan ilmu di dada?
renung-renungkanlah.

No comments:

Post a Comment