SINOPSIS CERITA
Cerita tentang sekeumpulan penyelidik yang ingin mengkaji satu pulau yang dinamakan Skull Island dimana dipercayai mempunyai makhluk gergasi yang tinggal di pulau ini dan tidak pernah dijumpai oleh manusia.
Kumpulan ini ingin mengkaji dan memetakan pulau tersebut yang diketuai oleh James Conrad (Tom Hiddleston) iaitu bekas British Special Air service yang telah dilantik oleh Bill Randa (John Goodman) untuk melaksanakan tugas tersebut. Nak masuk dalam pulau ni mereka perlu menaiki helicopter yang di ketuai oleh Preston Packard (Samuel L. Jackson). Turut bersama mereka adalah seorang jurugambar Mason Weaver (Brie Larson).
Mereka lalu cabaran yang getir ketika memasuki kawasan Skull Island. Bila tiba disitu, mereka menjatuhkan bom didalam pulau itu dengan alasan memetakan pulau itu. Tapi tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran Gergasi BOSAR, iaitu Kong. Setelah musanah semua, mereka diselamatkan oleh seorang bekas tentera yang terkandas di Skull Island selama beberapa tahun.
Adakah mereka terselamat? Bagaimana helicopter yang kecil mengalahkan Kong?
Bagaimana mereka keluar dari Skull Island?
So cepat cepat pergi wayang ye tengok cerita ni.
REVIEW CERITA
=> Plot yang sangat mudah untuk difahami
=> Aksi sangat menarik dan mendebarkan sebab banyak binatang yang pelik dan tak sangka ada disitu
=> Overall cerita menarik walaupun pernah ditayangkan dahulu disebabkan diberi nafas baru dalam gambar
=> Hero (Tom Hiddleston) dan Heroin (Brie Larson) memang sangat perfect match, bagi saya dorang memang berjaya menghidupkan watak
=> Watak penjahat pulak memang boleh buat korang nak lempang laju laju, rasa geram pun ada
=> Watak utama --- Kong sangat comel, dan korang harus tengok!
=> Walaupun cerita ini korang dah boleh agak siapa menang, korang harus tengok sebab ada kelainan dalam grafik dan juga cara penceritaan tentang kehadiran Kong
Rating: 8/10